Quantcast
Channel: Puteri Kenari
Viewing all articles
Browse latest Browse all 113

Mutiara ada kesan negatif

$
0
0
            Dizaman sekarang, produk mutiara mula menjadi satu fenomena baharu dimana ianya  boleh dihasilkan ke dalam krim mutiara, susu, pewarna rambut dan krim tangan.Ia mampu menyelesaikan masalah bintik hitam, mengawal minyak, menghilangkan jerawat, menanggalkan sel kulit mati dan mencegah penuaan dengan meningkatkan aktiviti SOD untuk menjadikan kulit segar, lembut, licin, dan putih.

Antara fungsi serbuk mutiara adalah:
~ Melancarkan peredaran darah.
~ Mengandungi pelindung Matahari Asli yang meneutralkan radikal perosak kulit.
               (menghapus sun burn dan membuang ulser kulit).
~ Memulihkan tompok kering, rosacea, garis-garis halus dan kedutan ( anti penuaan) .
~ Menyuburkan kulit dan menjadikannya licin, halus, anjal, sihat dan semula jadi.
~ Mencerahkan kulit, memudarkan jeragat, menghilangkan akne dan jerawat.
~ Menggalakkan pertumbuhan kulit yang baru.
~ Menghasilkan kolagen pemulihan.
~ Menyembuhkan ruam dan bisul.
~ Mengawal degup jantung dan membantu dalam pemulihan penyakit jantung.
~ Menyihatkan otak.
~ Meningkatkan daya ingatan.
~ Meningkatkan fungsi sistem saraf pusat dan melegakan keletihan.
~ Berkesan untuk menenangkan jiwa, murung, tertekan dan resah dan masalah susah tidur.
~ Meningkatkan kadar metabolisme badan dan memanjangkan jangka hayat sel-sel badan.
~ Mempercepatkan penyembuhan gastrik dan ulser duodenum.
~ Menghentikan pendarahan.
~ Menguatkan jantung ,
~ Mengawal tahap kolesterol dalam darah.
~ Membekalkan kalsium bagi mencegah masalah osteoporosis.
~ Memutihkan gigi dan memperbaiki noticably surut gusi.
~ Menguatkan folikal rambut.
~ Menyihatkan mata, mencegah masalah mata seperti “muscae volitantes” dan katarak.
~ Membuang kahak, berhenti cirit-birit, demam dan keruh spermatorrhea.
~ Anti kanser dan anti oksidan yang menyekat penyerapan logam berbahaya.
~ Melaraskan saraf pusat bagi melegakan kepanasan badan.
~ Menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak.
~ Mengawal sistem imun , meningkatkan daya ketahanan dan menguatkan paru-paru.
~ Meningkatkan kapasiti paru-paru dan menghilangkan kahak.
~ Menjadikan fungsi ginjal normal dan mencegah batu karang ginjal.
~ Mengimbangi sistem endokrin.
~ Mencegah penyakit puan, masalah senggugut dan keputihan.

             Saya nak ceritakan pengalaman saya menggunakan produk mutiara.Seperti apa yang kita semua tahu,serbuk mutiara merupakan satu bahan yang mempunyai berbagai khasiat.Ianya sudah terkenal didalam perubatan Cina semenjak zaman dahulu lagi.

             Saya mula menggunakan produk yang mengandungi mutiara melalui hadiah istimewa dari tuan punya produk dropship pertama saya.

            Saya mula mengambil minuman campuran mutiara dari produk Sparkling diva. Alhamdulillah seronok rasa bila gusi saya tidak lagi berdarah.Selepas sebulan, kulit pun semakin cerah.Ternyata dengan sparkling Diva, daki mudah ditanggalkan.Ianya membuatkan kulit kita semakin cerah.

            Selepas menghabiskan sekotak Sparkling diva, Saya terbaca tentang cara menggunakan supplemen agar lebih berkesan.Iaitu dengan membuat detox untuk membuang toksin dalam badan.Jadi, saya memilih untuk mencuba 2be gojes untuk proses detox. Minum 2 be georgeus memang lawas pembuangan.Setiap pagi beres.Didalam 2 be georgeus juga ada mengandungi mutiara.

           Akhirnya tibalah masa saya mencuba produk mutiara  lain.Saya ingin mencuba kapsul mutiara perla,tetapi ketika itu takde stok.Saya memilih perla potion sebagai percubaan seterusnya. Ianya serbuk mutiara asli yang dikemam terus di dalam mulut.Alhamdulillah...saya suka lihat kesannya.Kulit terasa halus dan lembut.

           Bulan berikutnya saya mula minum Babies blink coffee. Saya sangat puas hati dengan kopi ni. Kulit menjadi lembab dan suka sangat saya membelai kulit sendiri.Yang paling saya suka, semenjak mengambil produk yang mengandungi mutiara, saya bebas dari elergi makanan.Makan ikan aya dan ikan kembung pun tak alah lagi.Itu sudah bagus...tip top gitu.

            Selepas tiga kotak babies blink coffee saya minum, saya membuat keputusan mengambil Aurora Mutiara yang saya beli beberapa hari sebelum habis kopi.

            Kebetulan, saya mendapat mesej dari seorang pelanggan, mengatakan dirinya amat senang dengan kapsul mutiara.beliau memberi mutiara kepada saudara yang terkena stroke dan pertuturan saudaranya itu semakin baik tangannya sudah boleh digenggam.Begitu juga kawan beliau yang mempunyai masalah tiroid dan jantung.Kesan positif mutiara memang bagus.

            Pada hari raya pertama raya Aidil Adha lepas,dengan penuh bersemangat saya makan Aurora Mutiara. Tengahari itu saya dapati kepala saya teramatlah sakit.Ternyata gastrik saya datang semula.Mungkin kerana saya banyak makan pulut dan tak menyentuh nasi.Atau mungkin saya sebenarnya dah kena penyakit darah tinggi.

           Hari raya kedua saya sakit kepala yang lebih lagi sampai berdenyut-denyut.Mata kelabu tahap dalam asap.Berpusing-pusing pulak pening hari ni.Nak kata demam tidak juga.Tapi loya dan nak muntah yang amat sangat.Perutpun boleh tahan sakit.Usus pun bergerak-gerak.

          Saya tak fikir saya demam,tetapi badan saya panas sangat.Siap melekapkan badan dan tapak tangan kat lantai mozek lagi. Kepala dah beberapa kali dimasukkan dalam peti ais.Kalau muat badan, rasanya saya dah masuk dalam peti ais tu.

           Alhamdulillah...hari raya ketiga dah tinggal sikit-sikit peningnya. Barulah boleh bangun. Tak pernah saya kena gastrik atau sakit kepala sampai tak kebah bila makan paracetamol macam ni. Migrain kot... Siksanya hanya Allah yang tahu.Di dalam hati ada juga terfikir kot kot mutiara ni yang menyebabkan saya alah begini.Tapi itu cuma kemungkinan kecil.

           Seterusnya saya mencuba mengambil Aurora mutiara ni buat kali kedua seminggu selepas itu.Selepas sejam ambil, saya rasa loya dan pening.Saya diserang gastrik lagi.Tetapi kali ini gastrik yang lebih teruk.Saya mengambil ubat gastrik dan ianya sedikit kurang.Tetapi datang semakin teruk selepas satu jam.

          Saya terpaksa mengambil paracetamol untuk menahan sakit kepala ni. Badan saya juga sakit-sakit dan separuh demam. Kepala saya sakit dan mata saya jadi kelabu. Mata saya menjadi sangat kabur dan silau.Kalau tak gunakan cermin mata, saya akan pening keterlaluan.

           Kali ini saya mengambil masa tiga hari juga untuk pulih.Sah ianya kerana mutiara Aurora ni.Jadi,Saya cuba menghubungi pelanggan saya yang memembeli Aurora mutiara sebulan lepas. Saya bertanya macam mana kesan dia menggunakan Aurora? Alhamdulillah... Beliau baik-baik saja.Katanya ok sesangat kesannya.

           Persoalannya, kenapa saya tak boleh ambil Aurora Mutiara? Sedangkan ianya adalah sama.Jadi, tiada kes ori tak ori atau sebaliknya.Punya bertuahnya saya, pelanggan saya pula yang carikan info dari internet.Beliau kongsikan maklumat yang diperolehinya dari laman web fittness. Laman berbahasa inggeris itu satu-satunya yang membongkar rahsia mutiara yang bagaikan disembunyikan.

           Sebagai info tambahan, saya google sendiri maklumat.Ternyata info tentang mutiara ni terlalu sedikit.Kalau kebaikan memang banyak. Tetapi keburukan ,memang susah jumpa. Saya terbaca cerita yang mengisahkan kisah bayi meninggal dunia kerana jaundis akibat dari serbuk mutiara yang diberi oleh kawan beliau. Serbuk mutiara itu dibeli dari kedai perubatan cina kerana masyarakat cina memang mengamalkan mutiara sebagai penawar penyakit mahupun untuk kecantikan.

           Kes berbeza, seorang bayi juga terkena jaundis yang teruk kerana serbuk mutiara yang disyorkan kepada ibu bapa bayi tersebut. Alhamdulillah bayi tersebut sempat diselamatkan dengan pembuat penukaran darah kerana terlalu banyak bahan kimia penyebab jaundis di dalam darah.

           Sungguh menyedihkan. Ramai yang tidak tahu bahawa ada sesetengah golongan yang tidak sesuai menggunakan mutiara. Sepatutnya ianya didedahkan agar tiada yang mengalami kesan seperti saya.

            Walaupun mutiara adalah sejenis ubat kepada berbagai penyakit juga untuk memutihkan kulit, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan. Oleh itu, rakyat perlu mengambil kira sekali lagi apabila mereka membuat keputusan untuk mengambilnya.

          Mutiara adalah sejenis ubat sejuk, dan hanya orang yang mempunyai badan panas boleh mengambil serbuk mutiara.Mungkin kesannya amatlah baik untuk kecantikan, tetapi juga membawa risiko kesihatan kepada badan.

          Dalam kehidupan seharian, agak ramai juga wanita yang berbadan sejuk. Penggunaan serbuk mutiara dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan senak, cirit-birit, kaki sejuk, kulit pucat dan gejala lain.

          Selain daripada mereka yang berbadan sejuk, pesakit yang sering sejuk- sejuk ,gastrik dan batu karang tidak sesuai untuk mengambil serbuk mutiara. Amat penting untuk berunding dengan doktor sebelum memakannya. Selepas anda mengenal pasti pengiktirafan badan anda, anda boleh membuat keputusan sama ada untuk makan atau tidak.

Kesan alahan Mutiara :
~Ubat Oral Mutiara menghasilkan kerosakan kepada organ-organ terutamanya perut.
~Serbuk mutiara boleh menggalakkan penyerapan gastrousus dan menambah kesukaran pengubatan.
~Serbuk mutiara adalah sejuk, jadi wanita semasa haid tidak boleh memakannya.
~Serbuk mutiara dan asid oksalik makanan seperti bayam tidak boleh dimakan bersama-sama.
~Contoh asid oksalik makanan ialah bayam.
~Untuk kegunaan luaran, Orang yang mempunyai masalah alergi juga adalah berisiko.

PERINGATAN:

~SETIAP INDIVIDU ADALAH BERBEZA.
~KESAN PENGAMBILAN PRODUK MUTIARA ADALAH BERBEZA MENGIKUT INDIVIDU.
~SESUAI UNTUK KITA TIDAK SEMESTINYA SESUAI UNTUK ORANG LAIN.
~KESAN NEGATIF ADALAH LEBIH TERUK ANDAI IANYA BERLAKU KEPADA BAYI.

            Individu yang mempunyai penyakit, dinasihatkan agar tidak mengubati diri sendiri tanpa nasihat daripada doktor. yang alergi hendaklah berhati-hati apabila menguna produk ini. Jika anda ada atau mengesyaki mempunyai sebarang masalah kesihatan, sila hubungi doktor.

Wallahu a'lam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 113

Latest Images

Trending Articles